Saturday, September 8, 2007

PKS bayar cukai secara ansuran
Cadangan bagi kurangkan bebanan aliran tunai perusahaan kecil dan sederhanaBAGI mengurangkan bebanan aliran tunai perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang baru memulakan perniagaan, kerajaan mencadangkan supaya PKS terbabit dikecualikan daripada mengemukakan anggaran cukai kena dibayar dan pembayaran cukai secara ansuran.Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang membentangkan Bajet 2008 semalam, ini, berkata pembayaran cukai pendapatan sepenuhnya dibuat hanya semasa mengemukakan borang cukai pendapatan selewat-lewatnya tujuh bulan daripada tarikh tempoh akaun ditutup.

Pengecualian itu adalah bagi dua tahun taksiran bermula dari tarikh operasi dimulakan. Cadangan itu berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2008.Pada masa ini, semua syarikat yang telah beroperasi termasuk PKS perlu mengemukakan anggaran cukai kena bayar dalam tempoh selewat-lewatnya 30 hari dari tarikh bermulanya tempoh asas bagi sesuatu tahun taksiran.Anggaran cukai kena bayar hendaklah sekurang-kurangnya 85 peratus daripada cukai kena bayar tahun sebelumnya, dan ia harus dibayar secara ansuran bulanan mulai bulan kedua tempoh asas.Bagi syarikat yang baru saja memulakan operasi, ia dikehendaki mengemukakan anggaran cukai kena bayar dalam tempoh tiga bulan dari tarikh ia memulakan operasi berdasarkan justifikasi sendiri.

Anggaran cukai kena bayar hendaklah mula dibayar secara ansuran bulanan mulai bulan keenam tempoh asas.

1 comment:

Anita said...

Adakah anda pernah mencari bantuan kewangan mendesak? Anda memerlukan pinjaman mendesak untuk membayar bil-bil dan hutang yang ada? Anda mencari perniagaan rumah dan pinjaman peribadi, hubungi kami sekarang dengan maklumat di bawah ini.

Nama anda:
negara:
Jumlah Pinjaman:
tempoh:
pekerjaan:
Tujuan dari pinjaman?
Nombor Telefon:

Nota: Semua tanggapan harus maju Hubungi kami sekarang melalui: anitacharlesqualityloanfirm@gmail.com Terima kasih sudah datang.