Monday, September 10, 2007

SKIM MIKRO

Skim Mikro Kredit tawar pinjaman serendah RM500
Oleh: NORIZAN ABDUL MUHID

MELAKA 10 Sept. – Bagi mereka yang berminat memulakan perniagaan tetapi ketiadaan modal, kini tidak perlu bimbang kerana Bank Negara Malaysia (BNM) bakal memperkenalkan pembiayaan kewangan mikro kredit, bagi merealisasikan hasrat tersebut.
Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, skim mikro kredit itu menawarkan pinjaman antara RM500 hingga RM50,000 khusus untuk usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Kewangan akan mengumumkan institusi kewangan yang dilantik BNM dalam menyediakan pembiayaan pinjaman mikro kredit itu.

‘‘Di bawah skim ini, mana-mana PKS yang sebelum ini tidak mendapat pinjaman kewangan akan dibantu dan diberi pinjaman menerusi bank-bank yang dilantik oleh BNM,” katanya kepada pemberita selepas majlis dialog antara BNM dengan pelbagai agensi kerajaan dan individu di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini hari ini.

Pada Mac 2003, kerajaan menubuhkan dana sebanyak RM1 bilion di bawah skim mikro kredit khusus untuk membantu golongan usahawan kecil menjalankan perniagaan mereka, selain menangani kegiatan ceti haram yang menjadikan peniaga kecil sebagai mangsa.

Dr. Zeti juga berkata, keadaan ekonomi negara suku kedua menunjukkan prestasi memberangsangkan berbanding suku pertama tahun ini. ‘‘Pertumbuhan ini didorong oleh aktiviti sektor swasta yang terus berdaya tahan dan disokong oleh peningkatan perbelanjaan sektor awam, katanya.

Katanya, hanya keadaan ekonomi Amerika Syarikat (AS) ketika ini yang tidak menentu dikhuatiri boleh menjejaskan kestabilan ekonomi negara, berikutan hubungan dagangan yang erat antara kedua-dua negara.

‘‘Jika ekonomi AS terjejas, ia sekali gus turut memberi kesan kepada ekonomi Malaysia melalui hubungan dagang.

‘‘ Malah, ketika ini, negara itu juga belum pasti kedudukan sebenar ekonomi negara mereka,” katanya.

bicara-busines

PINJAMAN SME

SME Bank sasar pinjaman RM3 bilion bantu PKS
Oleh Zuraidah Mohamed
Sumber : Berita Harian

1,015 permohonan bernilai kira-kira RM2 bilion diluluskan kepada syarikatBANK Perusahaan Kecil dan Sederhana Bhd (SME Bank) mensasarkan menyalurkan pinjaman berjumlah RM3 bilion tahun ini bagi membantu pembangunan dan pengembangan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS).Naib Presiden Pembangunan Perniagaan dan Penasihat SME Bank, Md Diah Mohammad, berkata bagi tahun depan pula bank itu mensasarkan menyalurkan pinjaman berjumlah RM3.2 bilion.

Beliau berkata, SME Bank setakat ini sudah meluluskan 1,015 permohonan pinjaman bernilai kira-kira RM2 bilion kepada syarikat PKS yang antaranya terbabit dalam bidang perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan.Katanya, purata pinjaman yang diluluskan adalah antara RM1.5 juta hingga RM5 juta. “Daripada jumlah pinjaman yang diluluskan, 50 peratus daripadanya disalurkan kepada pembekal dan kontraktor syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat utama.“Dana yang disediakan turut mendapat sambutan daripada syarikat PKS yang terbabit dalam aktiviti berasaskan eksport, selain usahawan yang merancang memulakan perniagaan,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Md Diah berkata, SME Bank menguruskan 17 jenis dana termasuk 10 di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).Dana yang diuruskan menerusi RMK-9 berjumlah RM630 juta. Beliau juga menjelaskan, SME Bank menawarkan lima jenis produk dan perkhidmatan yang terdiri daripada SME Start-up, SME Profesional, SME Francais, SME Procurement dan SME Global.“Kami turut merancang menjalin kerjasama strategik dengan syarikat berkaitan bagi menawarkan insurans bagi pembiayaan yang ditawarkan untuk tahun depan,” katanya.

Sementara itu, katanya SME Bank sentiasa mengambil pendekatan proaktif dalam membantu masalah peminjamnya dalam usaha mengurangkan peratusan pinjaman tidak berbayarnya (NPL).Katanya, NPL SME Bank ketika ini adalah kira-kira 6.5 peratus yang disifatkan masih berada pada tahap yang baik.“Kami akan sentiasa mengawasi portfolio syarikat yang menjadi pelanggan kami bertujuan mengesan pada peringkat awal lagi jika ada yang memerlukan bantuan.“Syarikat PKS ini akan dibantu bermula dari peringkat awal sehingga mereka berjaya mengembangkan perniagaan ke peringkat global.“Tidak dinafikan ada yang lari daripada membayar pinjaman, tetapi kami akan sedaya upaya membantu termasuk menjadualkan semula pinjaman mereka bagi membolehkan pembayaran balik dilakukan,” katanya.Beliau berkata, peminjam yang dikenal pasti bermasalah akan dirujuk kepada Pusat Nasihat SME Bank (SAC) bagi membolehkan mereka mendapatkan bantuan perkhidmatan seperti menilai potensi pasaran hingga kepada daya maju perniagaan. Bagaimanapun, katanya, syarikat yang degil dan ingkar menjelaskan pinjaman akan dikenakan tuduhan tegas termasuk didakwa di mahkamah.

Saturday, September 8, 2007

Altenatif mencari Modal Niaga

Sepanjang saya membuat kajiselidik terhadap usahawan, ramai mengeluh kerana gagal mendapat pinjaman perniagaan samaada dari agensi kerajaan mahupun bank perdagangan untuk mengembangkan perniagaan. Ada diantara mereka mempunyai rekod lampau kurang baik dengan pihak peminjam dan ada yang tidak mempunyai dokumen-dokumen sokongan seperti borang EA (Jabatan Hasil Dalam Negeri)

Sekira anda tergolong di dalam kumpulan tersebut. Disini saya tunjukkan jalan altenatif untuk mendapat modal niaga. Saya beri keyakinan sekiranya mengikut arahan dan peraturan yang ditunjukkan, IsyaAllah, anda akan berjaya mendapat modal niaga tanpa perlu memohon dari pihak peminjam.

Saya telah mengkajinya secara mendalam dari pelbagai espek seperti pelan pelaksanaan, tempoh masa, jumlah pendapatan untuk jadikan modal dan kedudukan syarikat pelaksana. Hasilnya saya merumuskan, ia amat bersesuai untuk disertai oleh para usahawan yang inginkan modal perniagaan. Selaku orang yang memperkenalkan program ini, sayasendiri telah menyertai dan bersedia menjadi mentor anda.

Langkah-Langkah yang perlu anda ambil dan patuhi.

LANGKAH PERTAMA
  1. Menyertaan sebagai Ahli. Bayaran keahlian sebanyak RM190.00 seumur hidup. Pakej bayaran ini, anda akan menerima seutas Bracelet Bio-Magnetik Terapi.
LANGKAH KEDUA
  1. Perkenalkan 2 rakan usahawan yang lain menjadi ahli

LANGKAH KETIGA

  1. Pastikan kedua-dua rakan melaksanakan perkara yang sama, setiap orang memperkenalan 2 rakan usahawan lain menjadi ahli

KEEMPAT

  1. Setiap bulan, anda wajid memperkenalkan seorang rakan usahawan lain menjadi ahli dan melaksanakan perkara yang sama.

itu sahaja tugas anda dan rakan-rakan lain menyertai program ini.

POTENSI PENDAPATAN DALAM DANA ANDA.

Setiap usahawan yang menyertai program ini, akan mempunyai akaun masing-masing didalam laman web syarikat pelaksana dan boleh disemak pada bila-bila masa. Apabila seseorang yang telah berjaya memperkenalkan 2 rakan usahawan lain menjadi ahli, syarikat pelaksana akan memasukkan RM150 ke akaun tersebut dan boleh dipindahkan ke akaun bank pada bila-bila masa.

Setiap RM5.00 akan dimasukkan ke dalam akaun tersebut, apabila kedua-dua rakan usahawan tadi berjaya memperkenalkan rakan yang lain. Dibawah ditunjukkan pontensi kewangan yang akan dimasukkan ke dalam dan modal niaga anda sekiranya setiap orang memperkenalkan 2 rakan usahawan menjadi ahli

KONSEP PERKENAL 2 ORANG

ARAS 1 : 2rakan – kewangan terkumpul RM150
ARAS 2 : 4 rakan x RM5.00 = RM20terkumpul RM170
ARAS 3 : 8 x RM5.00 = RM40 terkumpul RM210
ARAS 4 : 16 x RM5.00 = RM80 terkumpul RM290
ARAS 5 : 32 x RM5.00 = RM160 terkumpul RM450
ARAS 6 : 64 x RM5.00 = RM320 terkumpul RM770
ARAS 7 : 128 x RM5.00 = RM640 terkumpul RM1410
ARAS 8 : 256 x RM5.00 = RM1280 terkumpul RM2690
ARAS 9 : 512 x RM5.00 = RM2560 terkumpul RM5250
ARAS 10 : 1024 x RM5.00 = RM5120 terkumpul RM10,370
ARAS 11 : 2048 x RM5.00 = RM10,240 terkumpul RM20610
ARAS 12 : 4096 x RM5.00 = RM20,480 terkumpul RM41090
ARAS 13 : 8192 x RM5.00 = RM40,960terkumpul RM82,050
ARAS 14 :16384 : 8 x RM5.00 = RM81,920 terkumpul RM163,970

JUMLAH KESELURUHAN RM163,970. Setiap orang berpontensi menerima jumlah tersebut.

Jangkamasa berapa boleh mencapai jumlah maksima?
Masa bergantung kepada kepada sendiri. Cuba fikirkan berapa lama , anda boleh memperkenalkan 2 rakan usahawan lain. Sekiranya setiap orang boleh memperkenalkan 2 rakan usahawan dalam masa seminggu maka lagi cepat menjadi jumlah maksima.

Saya baru seminggu menyertai sebagai ahli, apabila memperkenalkan program kepada para usahawan, ramai menyertai. Kini saya di aras 5.

Bertindaklah sekarang, menjadi ahli kerana program ini boleh membantu mendapatkan modal niaga dan yurannya rendah, ia tidak menjejaskan kedudukan kewangan anda. Sekiranya berlengah lagi, mungkin hari rakan lain akan memperkenalkan kepada anda.

Renung-renungkanlah adakah program ini terbaik untuk anda atau anda ada cara lain untuk mendapatkan modal niaga.

PERINGATAN : JANGAN SEKALI-SEKALI BERURSAN DENGAN CETI HARAM

Maklumat lanjut, sila hubungi saya : 016-2516669 Dato' Rozali Che Pin.
PKS bayar cukai secara ansuran
Cadangan bagi kurangkan bebanan aliran tunai perusahaan kecil dan sederhanaBAGI mengurangkan bebanan aliran tunai perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang baru memulakan perniagaan, kerajaan mencadangkan supaya PKS terbabit dikecualikan daripada mengemukakan anggaran cukai kena dibayar dan pembayaran cukai secara ansuran.Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang membentangkan Bajet 2008 semalam, ini, berkata pembayaran cukai pendapatan sepenuhnya dibuat hanya semasa mengemukakan borang cukai pendapatan selewat-lewatnya tujuh bulan daripada tarikh tempoh akaun ditutup.

Pengecualian itu adalah bagi dua tahun taksiran bermula dari tarikh operasi dimulakan. Cadangan itu berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2008.Pada masa ini, semua syarikat yang telah beroperasi termasuk PKS perlu mengemukakan anggaran cukai kena bayar dalam tempoh selewat-lewatnya 30 hari dari tarikh bermulanya tempoh asas bagi sesuatu tahun taksiran.Anggaran cukai kena bayar hendaklah sekurang-kurangnya 85 peratus daripada cukai kena bayar tahun sebelumnya, dan ia harus dibayar secara ansuran bulanan mulai bulan kedua tempoh asas.Bagi syarikat yang baru saja memulakan operasi, ia dikehendaki mengemukakan anggaran cukai kena bayar dalam tempoh tiga bulan dari tarikh ia memulakan operasi berdasarkan justifikasi sendiri.

Anggaran cukai kena bayar hendaklah mula dibayar secara ansuran bulanan mulai bulan keenam tempoh asas.