Monday, September 10, 2007

PINJAMAN SME

SME Bank sasar pinjaman RM3 bilion bantu PKS
Oleh Zuraidah Mohamed
Sumber : Berita Harian

1,015 permohonan bernilai kira-kira RM2 bilion diluluskan kepada syarikatBANK Perusahaan Kecil dan Sederhana Bhd (SME Bank) mensasarkan menyalurkan pinjaman berjumlah RM3 bilion tahun ini bagi membantu pembangunan dan pengembangan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS).Naib Presiden Pembangunan Perniagaan dan Penasihat SME Bank, Md Diah Mohammad, berkata bagi tahun depan pula bank itu mensasarkan menyalurkan pinjaman berjumlah RM3.2 bilion.

Beliau berkata, SME Bank setakat ini sudah meluluskan 1,015 permohonan pinjaman bernilai kira-kira RM2 bilion kepada syarikat PKS yang antaranya terbabit dalam bidang perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan.Katanya, purata pinjaman yang diluluskan adalah antara RM1.5 juta hingga RM5 juta. “Daripada jumlah pinjaman yang diluluskan, 50 peratus daripadanya disalurkan kepada pembekal dan kontraktor syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat utama.“Dana yang disediakan turut mendapat sambutan daripada syarikat PKS yang terbabit dalam aktiviti berasaskan eksport, selain usahawan yang merancang memulakan perniagaan,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Md Diah berkata, SME Bank menguruskan 17 jenis dana termasuk 10 di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).Dana yang diuruskan menerusi RMK-9 berjumlah RM630 juta. Beliau juga menjelaskan, SME Bank menawarkan lima jenis produk dan perkhidmatan yang terdiri daripada SME Start-up, SME Profesional, SME Francais, SME Procurement dan SME Global.“Kami turut merancang menjalin kerjasama strategik dengan syarikat berkaitan bagi menawarkan insurans bagi pembiayaan yang ditawarkan untuk tahun depan,” katanya.

Sementara itu, katanya SME Bank sentiasa mengambil pendekatan proaktif dalam membantu masalah peminjamnya dalam usaha mengurangkan peratusan pinjaman tidak berbayarnya (NPL).Katanya, NPL SME Bank ketika ini adalah kira-kira 6.5 peratus yang disifatkan masih berada pada tahap yang baik.“Kami akan sentiasa mengawasi portfolio syarikat yang menjadi pelanggan kami bertujuan mengesan pada peringkat awal lagi jika ada yang memerlukan bantuan.“Syarikat PKS ini akan dibantu bermula dari peringkat awal sehingga mereka berjaya mengembangkan perniagaan ke peringkat global.“Tidak dinafikan ada yang lari daripada membayar pinjaman, tetapi kami akan sedaya upaya membantu termasuk menjadualkan semula pinjaman mereka bagi membolehkan pembayaran balik dilakukan,” katanya.Beliau berkata, peminjam yang dikenal pasti bermasalah akan dirujuk kepada Pusat Nasihat SME Bank (SAC) bagi membolehkan mereka mendapatkan bantuan perkhidmatan seperti menilai potensi pasaran hingga kepada daya maju perniagaan. Bagaimanapun, katanya, syarikat yang degil dan ingkar menjelaskan pinjaman akan dikenakan tuduhan tegas termasuk didakwa di mahkamah.

No comments: